• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pingat Perak Terjun Cetus Ceria Kontinjen Malaysia

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Kontinjen negara jelas lega sebaik gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong meraih pingat perak, pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik di sini pada Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Chef-de-mission Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid jelas gembira dengan detik membanggakan untuk Malaysia dan menganggap pingat perak itu mampu menyuntik semangat kontinjen negara selepas lima hari pertandingan.

“Bebanan saya hilang berikutan aksi cemerlang kedua-dua atlet wanita itu,” katanya selepas menyaksikan kejayaan gandingan negara bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini.

Katanya kejayaan itu mampu membakar semangat atlet lain untuk menampilkan persembahan terbaik dalam pertandingan yang begitu sengit di Sukan Olimpik.

“Saya ada bercakap dengan kedua-dua penerjun itu malam tadi dan memberitahu lima terjunan yang dilakukan hari ini mampu mengubah hidup mereka,” katanya.

Menurut Mohamed Al Amin, skuad terjun negara perlu kekal tenang dan fokus dalam baki acara mereka kerana dianggap antara yang terbaik di dunia dan mampu memenuhi sasaran yang diletakkan kepada mereka.

“Akhirnya saya boleh memberitahu rakan ASEAN yang lain, kami sudah menang satu pingat,” katanya sambil merujuk kepada dua emas yang dimenangi Thailand dan satu oleh Vietnam.

Selain itu, Indonesia dan Filipina, masing-masing telah memungut dua dan satu pingat perak.

Sementara itu, Saravanan yang tiba di sini dua hari lepas, berkata ia adalah detik bersejarah untuk sukan terjun dan negara selepas Pandelela menyumbang pingat gangsa di Sukan Olimpik London, empat tahun lalu.

“Ia adalah permulaan kepada buruan pingat emas Malaysia di Sukan Olimpik,” katanya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata gandingan itu membanggakan Malaysia kerana berjaya meletakkan mereka dalam kalangan penerjun elit di pentas prestasi tinggi.

“Usaha mereka pasti akan memberikan suntikan semangat tambahan kepada atlet lain dalam buruan mendapatkan pingat,” katanya. – BERNAMA

Tags: atletsukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd