• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Thai Jumpa Lebih Banyak Bom

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand menemui lebih banyak bom di Hua Hin dan Phuket hari ini susulan usaha diperhebatkan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab ke atas siri insiden letupan bom dan serangan yang berlaku, beberapa hari lepas.

Di Bangkok, seorang pekerja menjumpai satu objek yang mencurigakan yang diliputi tanah dalam parit kecil di persimpangan Lamsalee berhampiran daerah Huamak pada 11.15 pagi (waktu tempatan) hari ini. Selepas diperiksa, ia didapati sebutir bom tangan.

“Sepasukan Polis Pelupus Ordans Letupan (EOD) yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan objek berkenaan adalah bom tangan lama dan membawanya untuk dilupuskan,” kata seorang pegawai polis di Balai Polis Huamak hari ini.

Bagaimanapun, penemuan bom tangan lama yang mungkin tiada kaitan dengan insiden keganasan terbaharu di wilayah selatan itu, menimbulkan rasa cemas yang memuncak dalam kalangan penduduk Bangkok.

Satu siri serangan ganas di Hua Hin, Phuket, Phang Nga, Krabi, Surat Thani dan Trang menyebabkan empat orang terbunuh dan mencederakan 35 yang lain termasuk 10 pelancong asing.

Seorang pegawai polis di bandar peranginan Hua Hin hari ini mengesahkan mereka menjumpai bom lain pada 11 pagi hari ini sebelum pasukan EOD membawa bahan letupan itu, untuk dilupuskan.

Hua Hin, sebuah bandar peranginan pantai kira-kira empat jam perjalanan dari Bangkok dikejutkan dengan dua insiden pengeboman, pada malam Khamis dan pagi Jumaat, yang mengorbankan dua orang dan ramai yang cedera.

Hari ini, pihak berkuasa turut menemui bom di Phuket dan dua butir lagi bom yang belum diletupkan di Phang Nga semalam, kemungkinan besar diletakkan di situ beberapa hari lalu, namun ia gagal meletup seperti yang dirancang.

Phuket, destinasi percutian yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia digegarkan dengan insiden serangan bom pada pagi Sabtu, tiga hari selepas penemuan dua butir bom yang tidak meletup ditemui tersembunyi di dua pasaran popular di bandar.

Phang Nga, satu lagi destinasi pantai popular turut digegarkan dengan insiden letupan bom pada pagi Jumaat di Bang Niang Market, di daerah Takua Pa. – BERNAMA

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd