• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat MASwings Tergelincir Dari Landasan

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Sebuah pesawat jenis Twin-Otter milik Maswings tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Marudi petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Zulbada Alior berkata, pesawat membawa empat penumpang dan dua anak kapal dari Miri ke Marudi, sedang mendarat di landasan itu kira-kira pukul 3.55 petang apabila ia tergelincir.

“Cuaca pada ketika itu amat baik dan pesawat tergelincir 30 meter dari landasan ke kawasan padang rumput di tepi landasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kesemua penumpang dan anak kapal selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, pesawat berkenaan juga tidak mengalami sebarang kerosakan.

Sementara itu, Maswings dalam kenyataan ringkasnya berkata, Lapangan Terbang Marudi ditutup sementara selepas pesawat MH3568 Twin Otter (DHC6) tergelincir kira-kira pukul 3.55 petang.

Pesawat itu berlepas dari Miri kira-kira pukul 3.40 petang.

“Ketika ini pesawat itu tidak dibenarkan terbang bagi membolehkan pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan sebelum kembali digunakan,” tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Maswings terpaksa melakukan perubahan kekerapan penerbangan bagi laluan Miri-Marudi berikutan penutupan landasan tersebut.

Pesawat Twin-Otter itu digunakan bagi Perkhidmatan Udara Kawasan Luar Bandar Maswings di Sarawak. – BERNAMA

Tags: MASwings
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Keluarga Perlu Bantu Anak Dara Emas Cari Jodoh

Next Post

Wakil Rakyat BN Jaga ‘Political Base’ Untuk Menang PRU

Related Posts

Sabah Minta MASWings Kaji Semula Keputusan Henti Penerbangan

11/11/2018
0

SEMPORNA - Sabah meminta MASWings mengkaji semula keputusan menghentikan penerbangan di negeri ini berkuat kuasa 1 Jan 2019. Ketua Menteri...

Maswing Larang Guna Samsung Galaxy Note 7

13/09/2016
0

MIRI - Maswings Sdn. Bhd., milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam...

Next Post

Wakil Rakyat BN Jaga 'Political Base' Untuk Menang PRU

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd