Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kenderaan Dicuri Akibat Kecuaian...

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret Kuantan memutuskan bahawa kecuaian pemilik meninggalkan kenderaan di tepi...

Penjawat Awam Tertinggi Terlibat...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin mendedahkan penjawat...

Penyokong Kedah, Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memohon penyokong skuad hijau kuning dan...

Kes SRC: Najib Gagal...

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu untuk membatalkan...

Pesawat Emirates Nahas Ketika Mendarat Di Dubai

DUBAI – Sebuah pesawat Emirates bersama 275 orang di dalamnya terbabit dalam nahas ketika mendarat di lapangan terbang di sini hari ini, namun kesemua penumpang selamat dikeluarkan, kata kerajaan.

Rakaman di media sosial menunjukkan asap keluar berkepul-kepul dari pesawat. “Sebuah pesawat Emirates dari India terbabit dalam nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

“Semua penumpang selamat dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini,” kata Pejabat Media Dubai dalam akaun Twitter menambah semua penerbangan keluar dari lapangan terbang itu dihentikan “sehingga notis lanjut.”

Emirates mengesahkan insiden terbabit. “Kami mengesahkan penerbangan EK521 dari Thiruvananthapuram, Kerala, India ke sini terbabit dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai,” katanya dalam Twitter.

Syarikat itu berkata, ada 275 penumpang dan kru di dalamnya dan keutamaan mereka sekarang adalah keselamatan semua yang terbabit. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori