• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjara, Denda Jual Rokok Kepada Remaja Bawah 18 Tahun

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas termasuk penjara dan denda jika sabit kesalahan terhadap para peniaga yang masih berdegil menjual rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan sewajarnya bagi tujuan melindungi orang belum dewasa daripada bahaya tabiat merokok.

Beliau berkata pihak penguatkuasaan kementerian telah menjalankan operasi memeriksa premis-premis yang menjual rokok kepada remaja bawah umur selepas risikan sebulan di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Beliau berkata 21 kedai runcit dan kedai tepi jalan didapati melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan merekodkan 13 kesalahan berkaitan dengan penjualan rokok di bawah 18 tahun termasuk menjual secara sebatang-sebatang.

“Terdapat beberapa premis juga gagal mempamerkan tanda larangan menjual rokok kepada orang di bawah umur malah menjual rokok di bawah harga minimum,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mendakwa 13 peniaga berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, enam remaja yang berpakaian sekolah dan memiliki rokok di tangan mereka turut ditahan dalam operasi itu dan telah dirujuk kepada sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: merokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Di Kampung Kemensah Sah Noor Amila Edrus

Next Post

Olimpik: Ratu Terjun Negara Gagal Ke Podium

Related Posts

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

Dobi, Bangunan Tempat Kerja Kini Kawasan Larangan Merokok

04/10/2024
0

PUTRAJAYA - Premis dobi kini menjadi kawasan terbaharu larangan merokok selepas ia digazetkan di dalam senarai Tempat Dilarang Merokok di...

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

Seramai 43,019 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Merokok

04/04/2023
0

Saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) tahun lalu mendapati...

Next Post

Olimpik: Ratu Terjun Negara Gagal Ke Podium

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd