• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Mengaku Salah Ugut Pekerja Restoran Nasi Kandar

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan ugutan terhadap pekerja dan khianat terhadap restoran nasi kandar Deen Jelutong di Pulau Pinang, Jumaat lepas.

Wan Rusli Zain, 49, yang dihadapkan di mahkamah hari ini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi.

Tertuduh yang memakai baju t dan berseluar jeans biru dengan keadaan tangan kanan berbalut cedera akibat perbuatannya, didakwa telah menakutkan pekerja restoran itu Abdul Alim Habib Rahuman, 33 dengan ugutan dan menyebabkan kebinasaan harta di restoran nasi kandar Deen Jelutong, pada jam 12.20 tengah dengan malam, 26 Ogos lepas

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan khianat iaitu sengaja mendatangkan bencana ke atas mesin tunai dan cermin rak makanan di dalam restoran itu yang menyebabkan kerugian RM3,000 pada masa dan tarikh sama.

Untuk kesalahan ini dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan bagaimanapun peguam Cheah Eng Soon yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan Wan Rusli hanya bekerja sebagai peniaga dan perlu menyara isteri dan dua anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 15 Sept untuk menjatuhkan hukuman. – BERNAMA

Tags: Kes Ugut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dakwa Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan individu mendakwa dirinya diugut dalam siasatan suruhanjaya...

Pengusaha Vape Dakwa Diugut ‘Datuk’, Pegawai SPRM

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd