• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Ditahan Bersama 749 Karton Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas 749 karton rokok kretek pelbagai jenama yang bernilai kira-kira RM95,000 termasuk cukai kastam, di sebuah premis di Jalan Pasir Panjang, di sini, Rabu lalu.

Pengarahnya Datuk Hamzah Sundan berkata turut ditahan seorang pemilik kedai runcit, ketika pemeriksaan dilakukan di kedainya pada kira-kira 3 petang.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai sebanyak 399 karton rokok yang diletakkan di dalam kedai berkenaan manakala 350 karton lagi disorokkan di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati rokok yang bernilai hampir RM9,000 dan dengan nilai cukai kira-kira RM86,000 belum lulus Kastam itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk edaran dalam negeri.

“Siasatan juga mendapati rokok-rokok kontraban ini tidak memenuhi spesifikasi yang dibenarkan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Lelaki yang berusia 40 tahun itu juga gagal membuktikan rokok tersebut telah lulus Kastam dan tiada sebarang dokumen dikemukakan bagi menyatakan rokok berkenaan diimport secara sah.

Hamzah berkata suspek direman lapan hari untuk siastan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang-barang larangan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempuyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dan penyelewengan agar melaporkan ke Bahagian Penguatkuasaan JKDM Terengganu di talian 09-6225674 atau talian bebas tol 1-300-888-500. – BERNAMA

Tags: peniagaRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd