• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Dera Anak Angkat Dirujuk Ke Tanjung Rambutan

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini memerintahkan pengasuh tadika yang didakwa mendera anak angkat perempuannya dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk penilaian kesihatan mental.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor memutuskan demikian selepas peguam Samry Masri yang mewakili tertuduh Nor Asiah Mohamed Ali, 48, memohon pemeriksaan mental dijalankan ke atas anak guamnya yang didapati berada dalam kemurungan yang teruk.

“Tertuduh sebelum ini memang pernah mengalami masalah kemurungan dan sekarang ini semakin teruk, pohon mahkamah membenarkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan keadaannya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak membantah permohonan peguam itu.

Majistret Mohamad Izwan memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan itu dalam tempoh sebulan dan menetapkan 26 September untuk sebutan semula kes.

Nor Asiah yang memakai jubah hitam dan tudung putih kelihatan sugul ditemani suami dan anak lelakinya.

Pada 20 April lepas Nor Asiah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera anak angkat perempuannya sejak tahun lepas.

Wanita itu sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas seorang kanak-kanak berusia 5 tahun 11 bulan, didakwa mendera kanak-kanak itu di Tadika An-Nur, No 1, Jalan Bukit Indah 2/17, Taman Bukit Indah, di sini dari 2015 sehingga 8 April 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Kes derakes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd