• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peng Soon-Liu Ying Bakal Terima RM60K Dari XOX

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan telefon mudah alih, XOX Bhd. akan memberikan imbuhan RM60,000 kepada Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying atas kejayaan meraih pingat pertama negara dalam acara beregu campuran Sukan Olimpik.

Pengarah Urusan, Datuk Eddie Chai turut mengucapkan tahniah kepada gandingan itu yang membanggakan negara di Rio de Janeiro apabila meraih pingat perak acara itu.

“Malaysia mencatat sejarah pungutan pingat dalam temasya ini dan XOX akan memberi imbuhan kepada semua atlet negara yang menyumbang pingat dalam acara badminton dan sukan lain.

“Marilah kita terus memberi sokongan kepada kontinjen negara yang telah melakukan yang terbaik di Rio,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas, XOX menawarkan ganjaran RM100,000 seandainya Peng Soon-Liu Ying meraih pingat emas pertama negara di temasya Olimpik. Peng Soon-Liu Ying akan turut berkongsi hadiah insentif Olimpik sebanyak RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang atas kejayaan mendapatkan pingat perak itu.

Beregu negara yang juga pasangan nombor 11 dunia, tewas 14-21, 12-21 kepada beregu ketiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung selama 45 minit, semalam.

Peng Soon-Liu Ying yang tampil dengan status underdog di Rio membuat kejutan apabila menewaskan beregu nombor enam dunia, Xu Chen-Ma Jin dari China di separuh akhir. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd