• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Seru Rakyat Tolak Tun M Hina Bangsa Johor

oleh
25/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kesal dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jelas menghina konsep Bangsa Johor, Pergerakan Pemuda UMNO negeri tersebut menyeru rakyat Johor bangkit ‘menolak’ pandangan negarawan itu.

Ketuanya, Hahasrin Hashim menerusi kenyataan media berkata, idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud malah roh dan semangatnya tidak pernah padam dalam menyatupadukan masyarakat tempatan daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir ujar beliau seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya tersendiri dan bekas perdana menteri itu seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat serta perpaduan yang dibawa pucuk kepimpinan negeri.

Apatah lagi konsep itu diperkasakan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin khususnya di dalam senario geopolitik negara yang menyaksikan api perkauman sering diusik pihak tidak bertanggungjawab.

Pemuda UMNO Johor tegas Hahasrin kesal dengan isu yang timbul susulan ucapan Mahathir menjawab isu mengenai semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” konon adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan Persekutuan.

Sambil mendesak Mahathir menghentikan persepsi salah itu, beliau juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain daripada cuba merosakan gagasan perpaduan negeri tersebut walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor jelas Hahasrin bukan sahaja menolak pandangan sempit Mahathir bahkan, sentiasa menyokong dan bersama-sama dengan Sultan Ibrahim serta kepimpinan Mohamed Khaled dalam usaha memimpin selain menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Baca: Sultan Johor Murka Tun M Persoal Bangsa Johor

Juga: MB Johor Tempelak Tun M Pertikai Bangsa Johor

Pemuda UMNO Seru Rakyat Tolak Tun M Hina Bangsa Johor

Berikut kenyataan rasmi beliau:

Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Tun Mahathir Mohamad mengenai Bangsa Johor.

Nikmat kemerdekaan yang ada hari ini adalah hasil pemuafakatan daripada pemimpin pelbagai lapisan kaum.

Cetusan semangat negara bangsa ini mengakar dari cetusan idea Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, yang merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Lipatan sejarah menunjukkan idea pembentukan Bangsa Johor ini telah sekian lama wujud.

Roh dan semangatnya tidak pernah padam di dalam menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

Mahathir seharusnya jelas, bahawa bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Pemuda UMNO Johor kesal dengan isu yang timbul di atas kenyataan Mahathir tentang semangat kebangsaan negeri seperti “Bangsa Johor” adalah tidak sihat serta membawa kepada keruntuhan permuafakatan persekutuan.

Mahathir seharusnya lebih faham tentang betapa pentingnya muafakat dan perpaduan yang dibawa oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan kepimpinan Johor iaitu YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin melalui Bangsa Johor khususnya di dalam keadaan negara kita yang mana api perkauman yang sering diusik oleh ramai pihak tidak bertanggungjawab.

Cukuplah dengan situasi negara kita hari ini, perpaduan yang selama ini terjalin kian retak menanti belah, kerana percayakan guruh, habis air ditempayan dicurahkan.

Di sini, Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolak pandangan negatif Mahathir mengenai Bangsa Johor.

Pemuda UMNO Johor juga ingin mendesak agar Mahathir berhenti dari mempertikaikan dan memberi persepsi tidak benar tentang Bangsa Johor. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menimbulkan lagi perpecahan dan segregasi yang sudah ada pada hari ini.

Pemuda UMNO Johor juga menyeru agar Bangsa Johor terus bermuafakat menolak dan tidak membenarkan orang lain cuba merosakan gagasan perpaduan ini walau dengan apa cara sekalipun.

Pemuda UMNO Johor sentiasa menyokong dan bersama – sama dengan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kepimpinan YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin memimpin dan menerajui Johor serta Bangsa Johor.

Allah peliharakan Sultan. Johor tetap menjadi Johor.

Hahasrin Hashim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor

– Mynewshub.cc/HAA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Baharu JDT

Tunku Mahkota Ismail Rasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Latihan Baharu JDT

19/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal memiliki pusat latihan baharu yang akan dibina bersebelahan Stadium...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd