Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lokasi Penemuan Mayat Morais...

KUALA LUMPUR - Kawasan paya yang dipenuhi sampah sarap, airnya yang pekat, berbau...

Aura JDT Mampu Ubah...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron percaya Tunku Ismail Sultan...

PRN Sabah: KKM Rayu...

PUTRAJAYA - Menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini, semua pihak...

Jupe Dakwa Menjadi Mangsa...

Tangerang, Indonesia - Disebabkan sering dilaporkan menghilangkan diri akibat dijangkiti pelbagai penyakit, kini...

Ketengahkan Isu Kerajaan DAP P.Pinang – Hishammuddin

GEORGE TOWN – Semua lapisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang diingat agar tidak terlalu menumpukan kepada tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), sebaliknya mengetengahkan pelbagai isu penting melibatkan kepimpinan negeri ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata banyak persoalan yang masih gagal dijawab kerajaan negeri pimpinan DAP antaranya mengenai isu berkaitan salah guna kuasa, kes tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan projek-projek tertentu yang mendapat tentangan rakyat.

“Dalam keadaan mereka menuding jari kepada kita (BN) dalam isu-isu lain, tidak ada sebab untuk mereka tidak menjawab pelbagai isu khususnya yang melibatkan ketua menteri.

“Menjadi tanggungjawab dan amanah dipikul setiap lapisan kepimpinan parti di Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan dan jawapan dituntut rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini, hari ini.

Beliau berkata jangan sesekali memberi jalan mudah untuk kerajaan negeri mengalih pandangan atau mengelak untuk menjawab isu-isu semasa misalnya tentang rancangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, yang akhirnya tiada kesepakatan dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang dan perkara itu tidak berlaku.

“Saya nasihatkan jangan mudah dikaburi dengan isu sebegini kerana yang penting rakyat negeri ini mahu tahu kebenaran,” kata Hishammuddin.


Dalam perkembangan lain Menteri Pertahanan itu menegaskan ancaman Daesh adalah benar dan jika ada pihak cuba menidakkannya, mereka perlu bertanggungjawab jika terjadi sesuatu tidak diingini di negara ini.

Beliau juga mengingatkan anggota UMNO agar memainkan peranan sebagai mata serta telinga pihak berkuasa dan tidak menganggap negara terkecuali daripada ancaman pengganas kerana ia merentasi warna kulit, agama dan pertimbangan politik.

“Apa yang kita hadapi dulu dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berbeza dengan apa kita hadapi dengan Daesh, ini fenomena baharu…tiada negara yang terkecuali,” katanya.

Sementara itu beliau turut memberitahu bahawa berdasarkan risikan setakat ini, tidak ada anggota politik di negara ini yang terbabit dengan pergerakan militan Daesh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori