• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik Bakal Dibunuh

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaan sekiranya pulang ke tanah air.

Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas selesai acara maraton.

Tanda pangkah itu merujuk kepada protes terhadap kerajaan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.

Katanya, oleh kerana tanda protesnya itu, ada saudaranya yang telah dipenjarakan.

“Kalau anda bercakap tentang demokrasi, mereka (kerajaan) akan mengenakan hukuman bunuh dan sekiranya saya kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuh, atau memenjarakan saya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya keadaan di negaranya kini dalam keadaan yang sangat bahaya.

“Protes ini adalah untuk mereka yang tidak mendapat kebebasan di negara saya,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.

Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan, tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.

Lilesa atlet berusia, 26, mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam, 9 minit, 54 saat.

Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan ‘pose’ tanda pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas memenangi pingat perak.

Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Tindakan anti pemerintahan dilakukan kerana tidak bersetuju mengenai cadangan memindahkan ibu negara dari Addis Ababa ke Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.

“Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo melakukan protes,” kata Lilesa dalam satu kenyataannya selepas pertandingan.

Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat. – The New York Times

Tags: protessukan olimpik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pihak Pantau Operasi Haji Agar Patuhi SOP

Next Post

Kes Rasuah: Ada Hubungkait Kes Di Kelantan

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

20/07/2024
2

GLOBAL | Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa...

Next Post

Kes Rasuah: Ada Hubungkait Kes Di Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd