• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemenang Pingat Perak Jun Hoong Gagal Layak

oleh Ahmad Albab
13/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Pemenang pingat perak, Cheong Jun Hoong gagal layak ke separuh akhir acara 3m papan anjal selepas tersingkir secara mengejut pada pusingan awal di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini pada Jumaat.

Selepas menyumbang pingat pertama negara dalam acara 10m platform seirama bersama gandingan Pandelala Rinong, pada Selasa di Sukan Olimpik di sini, beliau gagal mengekalkan persembahan membanggakan apabila bermula dengan kaki yang salah di atas papan.

Jun Hoong mengakui kesilapan dalam tiga terjunan pertama, mengakibatkan beliau antara 18 penerjun yang layak ke peringkat separuh akhir esok.

Pelajar universiti berusia 26 tahun itu mencatat kedudukan ke-21 dalam kalangan 29 penerjun dalam pertandingan itu sementara Wendy Ng Yan Yee berjaya menyelamatkan keadaan untuk pasukan terjun, apabila berjaya ke peringkat seterusnya di tempat ke-17.

Seramai 29 penerjun bersaing untuk merebut tempat pada pusingan seterusnya.

Jun Hoong mengumpul sejumlah 282.25 mata dalam mandatori lima terjunan manakala Wendy, yang menduduki tempat ke-24 dalam Sukan Olimpik London 2012, mengumpulkan 299.05 mata, jurang luas 73.95 mata di belakang pilihan utama Kanada, Jennifer Abel.

“Saya telah melakukan yang terbaik dalam dua terjunan terakhir tetapi tidak dapat merapatkan jurang mata,” kata Jun Hoong, yang melahirkan kekecewaan kerana gagal layak ke pusingan seterusnya.

Daripada 18 penerjun pada peringkat separuh akhir esok, 12 akan ke pusingan akhir, hari berikutnya.

Sementara itu, Wendy berkata beliau gembira dengan keputusan itu memandangkan terjunan pertama dan terakhir beliau, tidaklah begitu baik, yang menyebakan beliau gagal meraih lebih mata. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd