• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Jadikan Mahasiswa Boneka Politik

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia menyeru pelajar universiti supaya tidak terperdaya dengan hasutan politik pembangkang supaya mereka melakukan demonstrasi jalanan.

Presidennya, Mohd. Shahar Abdullah berkata, jalan raya bukan platform untuk golongan mahahsiswa memperjuangkan sesuatu isu seperti yang dihasut kepada mereka oleh pemimpin pembangkang.

“Pelajar terutamanya mahasiswa yang sedang menuntut di mana-mana universiti awam dan swasta diingatkan supaya tidak termakan dakyah politik pembangkang yang sedang mencuba pelbagai cara termasuk ‘membonekakan’ pelajar demi kepentingan politik dan peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shahar berkata, mahasiswa yang mahu menyertai perhimpunan itu kerana terlalu mudah percaya dengan hasutan dan propaganda rekaan sesetengah pihak yang sentiasa memburukkan kepemimpinan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, mahasiswa berkenaan telah berjaya diheret sama oleh pemimpin pembangkang dalam menjayakan agenda politik luaran itu.

“Meskipun kita sedia maklum bahawa mereka yang menganjurkan perhimpunan ini bukanlah mewakili seluruh mahasiswa dalam negara, perkara ini sedikit sebanyak mengganggu gugat keamanan negara lebih-lebih lagi melibatkan modal insan negara.

“Mereka harus sedar apa yang dilakukan, mengapa mereka ingin menganjurkan perhimpunan itu, adakah mereka benar-benar faham dengan permintaan himpunan itu, atau sekadar laungan yang menjadi ikutan, adakah mereka faham dengan desakan dilakukan dan adakah mereka sedar kesan kepada masyarakat,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: mahasiswa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

10/03/2024
0

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd