• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Maut Dirempuh Treler Di Gopeng

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu lori maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di KM310.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Selatan dekat Gopeng, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian kira-kira 4.25 pagi itu menyebabkan Muhammad Fahmi Abdon @ Lazim, 35, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kelindannya, Muhammad Rizal Nordin, 22, serta Muhammad Rasyidi Hussin, 20, mengalami kecederaan.

Bagaimanapun pemandu treler, Zulhilmi Mat Nasir, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu treler yang dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur melanggar bahagian belakang sebuah lori tiga tan.

“Akibat kemalangan itu, kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ng berkata mayat mangsa yang berasal dari Sungai Bakap, Pulau Pinang dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat manakala kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Gopeng dalam kenyataan berkata sebuah jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.35 pagi.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki yang memandu lori tiga tan dan kelindannya tersepit manakala seorang lagi kelindan berjaya dikeluarkan orang awam. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd