• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didenda RM3,000 Curi Kontena Di Ampang

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri sebuah kontena simpanan barang, seorang pemandu lori didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

Majistret Mohamed Izwan Mohamad Noh juga memerintahkan Marzuki Wahab, 52, menjalani hukuman penjara lapan bulan jika tidak membayar denda itu selepas dia mengaku bersalah mencuri kontena milik Syarikat Cantilever Bumi Sdn Bhd di belakang Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang, Ampang Jaya pada 5.30 petang, 26 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pekerja syarikat itu melihat tertuduh melarikan sebuah lori berisi kontena, dan berdasarkan nombor plat lori itu, pekerja berkenaan membuat laporan di balai polis.

Tertuduh ditahan di rumahnya bersama-sama tujuh kepingan zink yang digunakan untuk menutup atap kontena itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun, Marzuki yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia merupakan penanggung utama keluarganya. – BERNAMA

Tags: curi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Artikel Berbaur Hasutan, Presiden ISMA Didenda

Next Post

Laporan Penuh Siasatan Pelajar Maut Dalam Minggu Ini

Related Posts

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

Curi Duit Tabung Masjid, Pencuci Kereta Kena Jel 3 Hari Denda RM3,000

29/08/2023
0

REMBAU: Pencuci kereta dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas didapati mencuri duit tabung masjid....

Next Post

Laporan Penuh Siasatan Pelajar Maut Dalam Minggu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd