• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 5 Cedera Dipukul Pelajar Junior

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah di Jalan Stadium di sini, cedera pada bahagian rahang kiri selepas dipercayai dibelasah seorang pelajar junior.

Ibu mangsa M. Saraswari, 42, mendakwa anaknya, S. Livandaran, 17, dipukul di dalam kelas selepas dikepung oleh sekumpulan pelajar tingkatan tiga sekolah itu akibat perselisihan faham, kira-kira 11 pagi, 21 Julai lepas.

Peniaga makanan itu mendakwa telah membuat aduan kepada guru di sekolah berkenaan, namun anaknya pula yang dipersalahkan dalam kejadian tersebut.

“Sebaliknya anak saya dipersalahkan dalam hal ini dan guru tersebut turut menghalau saya dan anak keluar dari sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya dia telah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengan pihak sekolah sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas selepas sekolah dilihat gagal menjelaskan pihak yang bersalah dalam kes tersebut.

“Anak saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, saya harap perkara ini dapat diselesaikan demi masa depannya,” katanya.

Katanya anaknya juga bakal menjalani pembedahan kecil pada rahangnya dalam masa terdekat ekoran kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan telah memanggil seorang pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut bagi mendapatkan keterangan berhubung kes itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – BERNAMA

Tags: kes pukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

Kes Lelaki Diikat, Dipukul Hingga Maut: 5 Penghantar Makanan Didakwa Membunuh

27/02/2024
0

Bangi : Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd