SEBUAH syarikat coli terkemuka dari Belgium, PrimaDonna telah memperkenalkan satu langkah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja lelaki mereka apa rasanya mempunyai saiz payudara yang besar.
Usaha yang diperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif Primadonna, Ignance Van Doorselaere itu adalah dengan menyuruh pekerjanya memakai satu alatan yang menyerupai saiz dan berat menyamai wanita yang mempunyai buah dada ‘E cup’ dan menggantungkan di leher mereka untuk jangka masa sehari bekerja.
“Orang selalu cakap pasti sangat seronok bekerja di syarikat anda, dengan kehadiran model-model cantik dan poster wanita separuh bogel, tapi mereka tak tahu macam mana rasanya mempunyai saiz buah dada besar seperti yang dialami segelintir wanita di luar sana,” kata Van.
Jadi, mengambil inisiatif dari situ, Van mula memperkenalkan aktiviti menarik itu untuk meningkatkan kesedaran terhadap kaum lelaki di syarikatnya.
Sudah pasti selepas digantungkan alatan tersebut, bahagian belakang mereka menjadi sakit dan dari situ mereka mula memahami bahawa wanita sangat memerlukan coli sokongan yang sangat bagus bagi ‘memelihara’ aset masing-masing.
“Coli yang mempunyai sistem sokongan yang bagus adalah sangat penting, kini semua orang di PrimaDonna sudah mengetahuinya,” jelas Van. – MYNEWSHUB.CC