• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuhi Langkah Keselamatan Di Tanah Suci – PM

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bakal jemaah haji tahun ini untuk mematuhi langkah keselamatan tambahan yang dijangka dilaksanakan kerajaan Arab Saudi.

Katanya susulan insiden keganasan di Masjid Nabawi, Madinah, pada bulan Ramadan lalu, kerajaan negara itu telah mewujudkan langkah keselamatan yang tertentu khususnya kepada para jemaah.

“Saya telah diberitahu kerajaan Arab Saudi akan kenakan beberapa langkah keselamatan tambahan termasuk mengimbas 10 jari secara biometrik.

“Jemaah wanita pula dikehendaki memakai gelang yang mengandungi cip keselamatan,” katanya semasa berucap pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata jemaah haji juga perlu melalui mesin pengimbas keselamatan di pintu masuk hotel selain mendapat taklimat keselamatan daripada petugas Tabung Haji di Arab Saudi.

Najib berkata pelaksanaan langkah-langkah itu tidak dapat dielakkan demi menjamin keselamatan para jemaah.

“Sejak muktahir ini banyak negara yang telah menjadi sasaran serangan pengganas. Oleh itu marilah kita semua terutama jemaah haji mendoakan kesejahteraan negara dan semasa berada di Tanah Suci,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta jemaah haji untuk menjaga imej dan nama baik Malaysia.

Katanya Raja Arab Saudi, sama ada yang dahulu atau sekarang, kerap mumuji sikap dan disiplin yang ditunjukkan jemaah Malaysia.

Najib berharap jemaah haji Malaysia mengambil iktibar daripada pelaksanaan haji yang mengumpulkan jutaan umat Islam dari pelbagai negara.

Menurutnya, perhimpunan terbesar ini mengajar umat Islam untuk bersabar, bertoleransi dan berkasih-sayang tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.

“Sifat mahmudah ini dapat menghindarkan umat Islam daripada sebarang permasalahan serta mencari jalan keluar yang terbaik,” kata Najib.

Beliau juga harap umat Islam di Malaysia terus bersatu hati tanpa melihat kepada sebarang perbezaan yang boleh memecah-belahkan kesatuan ummah dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Pada majlis itu Perdana Menteri mengucapkan selamat jalan kepada 450 jemaah haji yang merupakan kumpulan kedua yang akan berlepas ke Arab Saudi musim ini.

Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, timbalannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd