• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Raya Halal Diarah Jual Arak, Babi Jika Enggan Ditutup

oleh AK-47
11/08/2016
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Sebuah pasar raya tempatan yang terkenal menawarkan produk-produk halal diarahkan oleh pihak berkuasa Perancis supaya turut menjual minuman arak dan daging babi atau jika gagal mematuhi arahan, ia akan ditutup.

Pasar raya Good Price di Colombes di sini disifatkan oleh penguasa perumahan tempatan; yang menyewakan premis tersebut, sebagai tidak mematuhi syarat-syarat sewa yang sudah dinyatakan, iaitu premis berkenaan mesti beroperasi sebagai ‘kedai makanan am’.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa anggota masyarakat tempatan tidak diberi khidmat mencukupi jika tiada produk arak atau daging babi di pasar raya Good Price, yang dikendalikan sebagai sebuah francais dan menggantikan sebuah pasar raya kecil pada tahun lalu.

“Datuk Bandar Colombes sendiri, Nicole Goueta, sudah mengunjungi pasar raya itu dan meminta pemiliknya supaya mempelbagaikan rangkaian produknya dengan menambah arak dan daging tidak halal,” kata ketua staf Datuk Bandar, Jerome Besnard kepada media.

Pasar Raya Halal Diarah Jual Arak, Babi Jika Enggan Ditutup

Beliau menambah, penduduk warga tua khususnya, terpaksa membuat aduan bahawa mereka tidak lagi boleh mendapatkan rangkaian penuh produk di Good Price dan terpaksa berjalan lebih jauh hanya untuk membeli keperluan harian iaitu minuman arak dan daging babi.

“Kami mahu kepelbagaian sosial, dan tidak mahu satu-satu kawasan yang hanya untuk umat Islam atau tiada langsung masyarakat Islam,” kata Besnard, sambil menambah bahawa reaksi penduduk bandar itu akan sama jika sebuah kedai kosher Yahudi dibuka di lokasi tersebut.

Menurut laporan akhbar Telegraph, penguasa perumahan Colombes menyatakan bahawa Good Price sudah melanggar dasar sekular Perancis dengan mengutamakan hanya kumpulan tertentu dalam masyarakat berbanding memenuhi keperluan harian semua pihak.

Pihak berkuasa bandar tersebut sudahpun mengambil tindakan guaman yang akan menamatkan tempoh sewa, yang sepatutnya berakhir pada 2019 dan kes tersebut akan dibicarakan di sebuah mahkamah pada bulan Oktober. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: arakbabikosherPeranvcisYahudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ahli Parlimen Saran Haramkan Doremon, Diejek Netizen

Next Post

Video: Ngeri! Singa Terkam Budak Semasa ‘Live’ TV

Related Posts

SPRM Serah Notis Kepada Anak Tun M Isytihar Aset

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

18/01/2024
0

Pelabuhan Klang: Ikrar bawa masuk tanglung, baju, kotak dan perabot namun tindakan sindiket penyeludupan rokok dan arak cuba mengaburi mata...

‘Graduan UniSZA Terima Berita Kematian Bapa Ketika Menanti Giliran Terima Skrol’

Isu Yahudi, Zionis Di Dewan Rakyat Diputuskan 2, 3 Hari Lagi – Speaker

06/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, memberitahu akan memberi keputusan dalam dua atau tiga hari lagi...

Next Post

Video: Ngeri! Singa Terkam Budak Semasa 'Live' TV

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd