• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Pribumi Sukar Agih Kerusi Hadapi PRU-14 – Musa

oleh
21/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Betul ke tidak betul itu belakang cerita. Namun ini ramalan Tun Musa Hitam, iaitu bekas timbalan perdana menteri yang pertama ketika era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu.

Sebagai orang lama dalam politik tanah air, bekas timbalan presiden UMNO dan kebetulan satu ‘negeri’ dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin; tentu Musa ada ‘ bacaan’ sendiri sehingga beliau berani membuat kesimpulan pahit ini.

Otai UMNO dari Johor itu menduga kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan diadakan tidak lama lagi dan bukannya genap tempoh lima tahun mandat Barisan Nasional (BN) berakhir iaitu pertengahan Jun 2018.

Beliau bahkan berasa BN akan mengambil langkah politik itu sebelum Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) naungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dapat bertapak kukuh.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di sini pada Rabu, Musa membuat penilaian itu berdasarkan kepada sejarah yang menunjukkan parti terbaharu di Malaysia itu bakal berdepan dengan pelbagai kesukaran.

Ini termasuk untuk mencapai kata sepakat khususnya dalam soal pengagihan kerusi dengan bakal sekutu mereka iaitu DAP, PKR dan PAN daripada blok Pakatan Harapan untuk bertanding dalam PRU itu selain PAS sendiri.

“Mereka mesti menang PRU dan untuk memenangi PRU, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi terlebih dahulu. Itulah kemuncaknya. Mereka mesti ada pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi.

“Kebanyakan kes pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil,” katanya merujuk kepada pengalaman pembangkang yang sanggup bertembung sesama sendiri ketika pilihan raya di Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Selain itu dalam soal persetujuan bersama daripada parti pembangkang bagi membentuk satu kuasa yang padu, menyebabkan kesukaran bakal dihadapi sama ada Bersatu bergerak sendirian atau dengan pakatan pembangkang.

“Berdasarkan pengalaman dan sejarah, telah terbukti bahawa setakat ini pembangkang gagal mencapai persetujuan bersama daripada soal pengagihan kerusi hingga mengenai dasar dan perjuangan parti masing-masing,” kata Musa.

Ketika PRU pada 2013 lalu, DAP bertanding 51 kerusi manakala sekutunya, PKR (99) dan PAS (73) daripada 222 kerusi yang akhirnya menyaksikan hanya mampu menang masing-masing DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).

Kemunculan Pribumi dijangka menyebabkan berlaku persaingan lebih dua penjuru di kerusi majoriti Melayu yang secara tradisi ditandingi PAS namun bakal disertai PAN, PKR dan Pribumi sekali gus memecah undi sesama mereka.

Mengenai ramalan kemungkinan PRU ke-14 akan diadakan dalam masa terdekat, Musa bagaimanapun enggan menyebut isu itu dengan lebih lanjut spekulasi bilakah tarikh jangkaannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Muhyiddin YassinMusa Hitam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd