• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen S’pura Kemuka Usul Tahniah Kepada Schooling

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Parlimen Singapura merancang untuk mengemukakan usul merakam ucapan tahniah kepada Joseph Isaac Schooling kerana kejayaannya memenangi pingat emas Olimpik pada Isnin, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

“Usul itu akan merupakan pengiktirafan secara rasmi parlimen terhadap pencapaiannya. Saya berharap dia akan berada di sana dengan keluarganya dan kata Schooling, dia akan berbuat demikian,” kata Lee dalam catatan Facebooknya pada lewat Sabtu.

Baca: Pertama Kali.. Atlet Singapura Raih Pingat Emas Olimpik

Parlimen Singapura akan bersidang pada Isnin.

“Saya buat panggilan kepada Joseph Isaac Schooling di Rio untuk mengucapkan tahniah kepadanya. Saya katakan kepadanya saya menonton siaran langsung perlumbaan itu dan mengikuti sidang akhbarnya. Dia mempamerkan persembahan yang amat cemerlang dan menyatakan sesuatu yang cukup membanggakan kepada akhbar.

“Kita semua berbangga dengannya.

“Joseph memberitahu saya dia akan menaiki pesawat beberapa jam lagi dan akan sampai di Singapura pada pukul 5 pagi Isnin,” tulis Lee.

Usul itu akan menyuarakan sokongan untuk Team Singapore di ‪Rio 2016, katanya.

“Tidak sabar hendak berjumpa Joseph Isnin ini dan menyampaikan sendiri ucapan tahniah kepadanya,” tulis beliau.

Semalam, Lee mengucapkan tahniah kepada Schooling kerana mengharumkan nama Singapura dengan memenangi pingat emas pertama Olimpik untuk negara itu.

Schooling mengatasi perenang pujaannya, Michael Phelps dari Amerika Syarikat dengan masa satu saat, yang menamatkan perlumbaan itu dengan masa 51.14s untuk berkongsi tempat kedua dengan perenang Afrika Selatan Chad le Clos dan Laszlo Cseh dari Hungary.

Dengan pencapaian itu, Schooling juga memecahkan rekod yang dicipta Phelps pada Olimpik Beijing 2008 iaitu 50.58s.

Schooling juga, antara lain akan diingati kerana ungkapan kata-katanya yang berbunyi, “..orang dari negara paling kecil di dunia juga boleh melakukan sesuatu yang luar biasa.” – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imam Antara Terbunuh Serangan Di Masjid New York

Next Post

SPRM: Beku, Sita Dan Lucut Harta Pelaku Rasuah

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

Next Post

SPRM: Beku, Sita Dan Lucut Harta Pelaku Rasuah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd