• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papan Iklan, Jerayawara Antara Kaedah Tangani Daesh

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mencadangkan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) membuat iklan papan tanda dan melakukan jerayawara termasuk di kampung dan pedalaman bagi menerangkan kesan negatif kegiatan militan Daesh.

Menurutnya, langkah itu bagi menangkis tindakan kumpulan militan Daesh yang semakin giat dan agresif dalam menjalankan promosi bagi mendapatkan sokongan kepada kumpulan itu dengan menggunakan pelbagai medium.

“Kalau sebelum ini mereka mengajak masyarakat menyertai mereka melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter, tetapi kini mereka telah mula menerbitkan majalah-majalah yang mampu menarik perhatian masyarakat terutamanya golongan muda untuk menyertai mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru Mohamad Shukri mengajak pelbagai pihak berganding bahu menangani penyebaran majalah digital propaganda Daesh yang kandungannya dilihat mempunyai tarikan tersendiri untuk mempengaruhi masyarakat.

Mufti itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Bernama mengenai penyebaran majalah digital propaganda Daesh yang telah diterjemahkan dalam versi bahasa Melayu yang disasarkan kepada masyarakat Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Mohamad Shukri berkata dalam hal ini, pihak polis, pihak berkuasa agama serta NGO boleh bekerjasama dalam mencari pendekatan secara menyeluruh dalam menangani isu ini.

“Usaha yang lebih perlu diketengahkan dalam hal ini kerana kita tidak mahu anak muda kita terus hilang pedoman dengan terlibat kumpulan pengganas ini,” katanya.

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berpendapat, majalah propaganda versi bahasa Melayu belum mendapat sambutan dan ia hanya dibaca oleh kumpulan kecil sahaja.

“Walaupun tidak ramai yang mengaksesnya, tetapi tidak mustahil ia akan mendatangkan kesan negatif sekiranya tiada tindakan yang holistik dalam memeranginya.

“Ini kerana ia mampu mempengaruhi minda pembaca secara halus dan senyap melalui gaya penulisan dan imej yang dipaparkan. Dan lebih membimbangkan, ia membawa pembaca untuk melakukan tindakan yang lebih radikal kononnya bagi menegakkan agama,” katanya.

Ahmad berkata dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak berpanjangan dan diuruskan secara berkesan.

“Masyarakat dan pihak berkuasa harus bekerjasama dalam mengatasi isu ini, orang awam boleh melaporkan kepada polis dan jabatan agama sekiranya mengetahui mengenai aktiviti kumpulan Daesh walaupun ia masih di peringkat awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daeshmufti Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd