• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mulakan Langkah Awal Jika Mahu Berunding – PAN

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) meminta PAS memulakan langkah awal jika kedua-dua parti mahu berunding mengenai pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke–14 (PRU14).

Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata, perbincangan itu bagi mencari formula ‘satu lawan satu’ parti pembangkang untuk menentang Barisan Nasional (BN).

“Pemuda PAN Perak mempelawa Dewan Pemuda PAS Perak memulakan langkah awal untuk duduk semeja dan berbincang bagi menghadapi PRU14 agar fomula ‘satu lawan satu’ dapat dinatijahkan.

“Tujuan agar duduk semeja tersebut sebagai ‘jiwa besar’ daripada sayap Pemuda agar kepimpinan tertinggi semua parti pembangkang mengambil pendekatan berbincang segera untuk menentukan kerusi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Safarizal dalam pada itu mengingatkan parti pembangkang lain bahawa PAN dan Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) telah sepakat untuk bersama di meja rundingan bagi membincangkan tentang pembahagian kerusi PRU14.

“Parti baharu seperti kami dan yang terbaru iaitu Pribumi yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Presidennya, Tan Muhyiddin Yassin sudah sepakat untuk bersama di meja rundingan.

“Parti lain seperti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) perlu mengenepikan kepentingan diri,” katanya.

Katanya, parti pembangkang perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini sebagai teladan untuk mempunyai satu matlamat dan wawasan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kelmarin bagaimanapun menegaskan, pendirian PAS adalah jelas iaitu sama sekali tidak akan bekerjasama dengan PAN yang mengkhianti perjuangan parti itu dan DAP yang menentang Islam.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan tunduk kepada desakan pakatan berhubung isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pembangkang.

Bekas pemimpin PAS tetapi pro PKR dan DAP kemudian bertindak menubuhkan PAN kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam gabungan baharu parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan. – Mynewshub.cc

Tags: Parti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd