• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun 2 Dicabul Dalam Stor Sekolah Di Dungun

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang murid perempuan tahun dua di sebuah sekolah rendah di Dungun dipercayai dicabul dalam stor di sekolahnya kira-kira 1.30 tengah hari, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata
pihaknya menerima laporan kes tersebut semalam dan siasatan lanjut sedang
dijalankan.

“Rakaman percakapan pengadu iaitu ibu mangsa serta guru kelas telah diambil dan rakaman video litar tertutup (CCTV) juga telah diteliti…berdasarkan siasatan awal, mangsa yang telah tamat persekolahan waktu pagi dan menunggu sesi kelas petang didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali yang memintanya ke stor berkenaan.

“Tanpa banyak soal, mangsa mengekori suspek, setibanya di stor itu, mangsa enggan mengikut suspek masuk ke dalam stor tersebut hingga menyebabkan suspek terus mendukung mangsa ke dalam stor,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Wan Abd Aziz berkata tindakan tersebut menyebabkan mangsa menjerit hingga suspek panik dan terus melepaskan mangsa dan suspek kemudiannya melarikan diri dengan memanjat tembok sekolah.

“Hasil pemeriksaan rakaman CCTV menampakkan suspek berjalan melalui blok bangunan sekolah tersebut seorang diri dan mangsa mengecam suspek melalui rakaman CCTV berkenaan.

“Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kami kini sedang giat mengesan suspek,” kata Wan Abd Aziz.

Menurut beliau siasatan awal mendapati kes tersebut bukanlah cubaan menculik seperti yang diviralkan di laman sosial tetapi ia menjurus kepada serangan seksual.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Kesiksaan kerana mencabul.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata semua sekolah di seluruh negeri telah diarah meningkatkan tahap keselamatan di dalam kawasan sekolah terutama melibatkan kemasukan pelawat.

“Pengawal keselamatan perlu memantau perjalanan keluar masuk pelawat dan pastikan waktunya dicatat sebagai rekod rujukan.

“CCTV juga perlu dipantau oleh pengurusan sekolah agar kes seumpama ini tidak lagi berulang di masa depan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Shafruddin berkata isu keselamatan di sekolah adalah tanggungjawab bersama semua warga pendidik dan petugas di sekolah yang terlibat.

“Setakat ini, saya dimaklumkan ini adalah kes pertama cubaan mencabul berlaku di dalam kawasan sekolah dan dalam kes ini kami bersyukur kerana murid yang terlibat bertindak pantas untuk menjerit dan berlari menyelamatkan diri ,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd