• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSNT Tak Terima Surat Permohonan Azizulhasni

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menafikan ada menerima permohonan bantuan basikal daripada jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang sebagai persediaan untuk beliau menghadapi Olimpik di Rio, Brazil.

Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu berkata sepanjang pengetahuannya, beliau tidak pernah menerima surat permohonan daripada Azizulhasni malah langsung tidak mengetahui mengenai permohonan itu.

“Saya tidak pasti dan setakat ini saya tidak tengok lagi surat permohonan itu. Nantilah saya dapatkan maklumat dahulu mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet Sukma Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Azizulhasni yang menyatakan konon Ahmad Razif tidak membantu membelikan basikal ‘roadbike‘ untuk beliau dan seorang lagi atlet berbasikal, Fatihah Mustafa sebagai persediaan ke Olimpik Rio menerusi laman Facebook ‘Jojo Knoxville’ sejurus beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Keirin, kelmarin.

Baca: MB Razif Arah MSNT Siasat Dakwaan Azizulhasni

Lagi: Azizulhasni Keluh Di FB Isu ‘Layanan’ MB Terengganu

Ahmad Razif pula dalam kenyataan balasnya semalam mengarahkan MSNT menyiasat dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Ibni Amin berkata kerajaan negeri telah menyampaikan insentif sebanyak RM5,000 kepada Azizulhasni yang diambil oleh wakilnya (ibu beliau) kerana berjaya mewakili negara dalam acara sukan berbasikal di temasya Olimpik Rio.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata MSNT mengadakan tandatangan perjanjian persefahaman dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi membantu atlet negeri itu memasuki pusat pengajian tinggi berkenaan.

“Selain itu UniSZA akan membantu khusus kepada atlet Terengganu seperti dari segi fisioterapi, pemakanan dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd