Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Anggota Parlimen Kampar Bebas...

IPOH - Anggota Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dilepas dan dibebaskan oleh...

Pocong Suka Merompak Penduduk...

JAKARTA - Penduduk Solo sebelum ini sering digemparkan dengan kemunculan perompak yang berpakaian...

Perancis Siasat Puluhan Bayi...

PARIS - Perancis melancarkan siasatan di seluruh negara terhadap fenomena puluha bayi dilahirkan...

Bayaran Pinjaman Pembiayaan KKLW...

PASIR SALAK - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie...

Model Digelar Mahkluk Asing Kerana Terlalu Kurus

Seorang model terkenal di Rusia telah mencetuskan kebimbangan ramai berhubung tahap kesihatannya selepas gambarnya dalam keadaan kurus kering dimuat naik dalam media sosial.

Keadaan itu juga menyebabkan Alena Shishkova, 23, digelar sebagai “anorexia” dan “makhluk asing”.

Media turut melaporkan Alena mengalami penurunan berat badan yang ketara sejak tahun lepas. Berat badan model setinggi 5 kaki 9 inci ini adalah 50kg kira-kira 12 bulan lepas, namun kini berat badannya semakin menurun.

Malah satu majalah telah menyindirnya dengan menggelar Alena sebagai mahkluk asing yang menghidap anorexia.

Alena bagaimanapun menafikannya dan menyatakan bahawa badannya yang kurus adalah disebabkan gaya hidup yang aktif, bersenam serta mengamalkan diet sihat.


Dia menjadi terkenal selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Miss Rusia pada 2012 dan sejak itu Alena dijemput menghadiri minggu fesyen di bandar besar termasuk Moscow, Tokyo dan Milan.

Alena juga adalah ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun, selepas berpisah dengan penyanyi rap Rusia, Timati.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori