• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menu Hidangan Baharu Bagi Penumpang ETS

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penumpang-penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini berpeluang menikmati tujuh variasi menu baharu bermula esok.

Presiden KTMB Datuk Sarbini Tijan berkata menu itu bercirikan makanan Cina, India, Barat dan ‘vegetarian’ dan mampu menepati citarasa semua lapisan masyarakat.

“Tujuh menu yang ditawarkan ialah ‘Assorted Dim Sum with Housin Sauce’, ‘Mee Goreng Mamak’, ‘Mini Idli with Dhall Curry’,’Fish Sweet Sour with rice’, ‘Yee Mee with Black Pepper Chicken’, ‘Stuffed Paratha with Dhall Curry and Tomato Chutney’ dan ‘Pasta Spaghetti Seafood Bolognaise’.

“Menu itu ditawarkan kepada penumpang dengan harga berpatutan dalam lebih 40 tren ETS bermula esok,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran variasi menu baharu KTMB ETS di sini, hari ini.

Beliau berkata koc bufet perkhidmatan tren ETS KTMB juga menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas.

“KTMB kini menjadi operator perkhidmatan rel pertama di dunia yang menyediakan menu ‘Dim Sum’ Halal dalam tren,” katanya.

Sebagai promosi pengenalan, KTMB menawarkan pakej kombo makanan dengan harga RM7 setiap set bagi tiga menu makanan baharu iaitu ‘Assorted Dim Sum with Hoisin Sauce’, ‘Mini Idli with Dhall Curry’ dan ‘Mee Goreng Mamak’ bermula esok sehingga 16 Sept.

Setiap pakej kombo makanan itu disertakan dengan air mineral dan ditawarkan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 dan Hari Malaysia.

Sarbini berkata pihaknya juga merancang untuk memperkenalkan tempahan awal menu makanan bagi perkhidmatan ETS secara dalam talian.

“Kami dalam proses perbincangan dan menjalankan ujian bagi menu dalam ETS terlebih dahulu. Sekiranya sambutan menggalakkan, kami akan melancarkan tempahan awal secara dalam talian kepada para penumpang,” katanya. – BERNAMA

Tags: ETS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd