• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri India Didukung Masa Banjir Cetus Kritikan Netizen

oleh
23/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Satu foto yang memperlihatkan Shivraj Singh Chauhan, ketua menteri negeri Madhya Pradesh, di tengah India; didukung dua orang anggota polis ketika berjalan di kawasan banjir, menjadi viral di negara tersebut.

Foto tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen setelah tersebar luas menerusi media sosial tempatan, sama ada yang meluahkan perasaan marah, malah tidak ketinggalan menjadikan aksinya itu sebagai bahan jenaka sinis di laman Twitter.

Dalam foto sensasi tersebut, Shivraj tampak didukung oleh anggota polis ketika beliau berjalan di kawasan dilanda banjir, walhal ketinggian air bah itu hanya mencecah beberapa sentimeter atau setakat mencapai bahagian bawah betis kaki sekumpulan pengawalnya.

Menurut akhbar berpengaruh Hindustan Times, pejabat ketua menteri itu memberi alasan bahawa Shivraj perlu didukung dua anggota polis tersebut kerana beliau memiliki masalah dengan kakinya konon setelah terkena sebuah benda keras di dalam lumpur.

bah1

Bagaimanapun penjelasan itu tidak menghentikan para pengguna Twitter untuk terus mencemuhnya kerana beliau masih boleh memakai kasut but getah atau laluan perjalanan dipastikan bebas selamat terlebih dahulu daripada benda bahaya sebelum boleh dilalui.

Netizen turut memberi contoh bagaimana bekas perdana menteri Britain, David Cameron masih lagi sanggup boleh berjalan mengharungi banjir tanpa bantuan daripada sesiapa pun ketika bencana alam itu pernah berlaku secara mengejut di England beberapa tahun lalu.

Sebahagian besar wilayah India biasanya ditimpa banjir akibat limpahan air dari sejumlah sungai yang melebihi paras berbahaya. Bencana banjir lazimnya boleh berlaku di sebahagian negara Asia selatan itu ketika musim hujan monsun tahunan mulai Jun hingga September.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang maut susulan banjir di Madhya Pradesh manakala di negeri Bihar di timur India, paling tidak 15,000 orang dipindahkan dari rumah setelah ‘keadaan hampir banjir’ terjadi di sejumlah daerah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BanjirIndia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waktu Kerja Fleksibel Mudahkan Tugas Wanita

Next Post

Dzulkifli Angkat Sumpah Jawatan KP SPRM

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Dzulkifli Angkat Sumpah Jawatan KP SPRM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd