• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Razif Arah MSNT Siasat Dakwaan Azizulhasni

oleh AK-47
17/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat dakwaan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang menuduh kerajaan negeri konon tidak membantu dan tidak menghargai sumbangan beliau kepada negara.

Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan yang ditimbulkan sejurus kejayaan ‘The Pocket Rocket Man’ meraih pingat gangsa acara keirin dalam Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pagi tadi.

Tegas Ahmad Razif, kerajaan Terengganu merupakan antara kerajaan negeri yang mengambil berat dan cakna dalam sektor sukan dengan menyediakan peruntukan besar setiap tahun termasuk menubuhkan Tabung Pembangunan Sukan yang berperanan membantu kebajikan 4 sukan utama iaitu bola sepak, basikal, kuda lasak dan hoki.

Kerajaan negeri turut memberi penghargaan kepada mana-mana anak Terengganu yang mendapat kejayaan membanggakan negara sebagai contoh memberi insentif kepada pelumba basikal TSG Adiq Husaini yang berjaya mendapat jersi putih selaku Juara Asia pada kejohanan Le Tour De Langkawi tahun ini.

Beliau menambah perkara ini berlaku mungkin kerana terlepas pandang dan tidak mendapat maklumat lengkap isu berkenaan.

Justeru beliau meminta MSNT mendapatkan pengesahan daripada Azizulhasni untuk tindakan susulan supaya ia dapat diselesaikan secara baik antara kedua-dua belah pihak.

“Saya dalam pengetahuan saya dan sama ada (mungkin) terlepas pandang wallahualam.

“Saya tidak kenal manager Azizulhasni dan saya akan dapat pengesahan dulu.

“Dan jika benar ia berlaku, saya amat terkilan.

“Kerajaan negeri amat serius dan ambil berat dalam sukan lebih-lebih lagi peruntukkan besar dalam sukan dan tiga sukan utama menjadi fokus yang berpotensi iaitu bola sepak, basikal, kuda lasak dan hoki,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program meraikan 172 orang bakal haji Parlimen Kuala Nerus di Pejabat Penyelaras Seberang Takir petang ini.

Hari ini viral di laman sosial Facebook milik atlet kelahiran Dungun itu yang menyalahkan Ahmad Razif dan kerajaan negeri selepas permintaan beliau dan Fatehah Mustapa untuk memiliki basikal ‘Roadbike’ konon tidak dilayan oleh Menteri Besar.

Mengikut rekod, pelbagai bantuan kewangan telah disalurkan kepada Azizulhasni antaranya ke Olimpik Rio sebanyak RM5,000, London RM10,000, sambutan wira negara 2009 RM20,000, membiayai ayahnya dan keluarga meyaksikan Olimpik London 2012 dan lain-lain bantuan kerana mewakili negara serta mendapat tanah di Dungun sebagai anak Terengganu pertama mara ke Olimpik Beijing 2008.

Jika diteliti, bajet persediaan ke Olimpik adalah di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Jika pelumba tidak mendapat basikal, itu sebenanya adalah tanggungjawab persatuan dan KBS.

Justeru adalah tidak adil menyalahkan Menteri Besar kerana banyak hal lain perlu diuruskan oleh Menteri Besar di peringkat negeri.

Sementara itu kerajaan negeri akan membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Azizulhasni ke tanah air dan turut menyediakan insentif kepada beliau atas kejayaan yang bersejarah dilakar hari ini.

Selain itu nama Azizulhasni akan dicatat di Muzium Negeri sebagai atlet terbaik di Terengganu yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. – Terengganu Times

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanAzizulhasni Awangsukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd