• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansor Puteh Label Azizulhasni Sebagai ‘Loser’

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGKRITIK dan Pengarah filem terkenal, Mansor Puteh menghentam pemenang pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni Awang gara-gara komen berbaur sinis atlet itu kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Kritikan secara terbuka itu disuarakan oleh Mansor melalui laman Facebooknya.

Menurut posting yang dimuat naik itu, beliau melabelkan pelumba basikal negara tersebut sebagai seorang yang angkuh dan ‘loser’ kerana terlalu banyak membuat bising sedangkan hanya menang pingat gangsa sahaja.

Tambah Mansor lagi, cuma tempat pertama atau juara sahaja yang sepatutnya digelar sebagai pemenang perlawanan manakala Azizulhasni di  tempat ketiga tidak layak dianggap demikian.

“Baru pingat gangsa dah angkuh….kalau emas entah macam mana lagak…” tulisnya di salah satu posting berkenaan sebelum disusuli beberapa lagi komen sindiran beliau terhadap Azizulhasni.

Mansor Puteh Label Azizulhasni Sebagai 'Loser'

Kritikan ‘pedas’ yang diutarakan oleh Mansor itu telah mencetuskan amarah sesetengah netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat dinyatakan beliau.

Seorang pelayar laman sosial dikenali sebagai Amin Fama berkata: “Kalau kau yang kayuh lagi teruk… jangan suka komen orang,” tulisnya sebagai tanda protes terhadap kata-kata Mansor.

Mansor Puteh Label Azizulhasni Sebagai 'Loser'

Baca: Azizulhasni Keluh Di FB Isu ‘Layanan’ MB Terengganu

Juga: MB Razif Arah MSNT Siasat Dakwaan Azizulhasni

Lagi: MSNT Tak Terima Surat Permohonan Azizulhasni

Pada Rabu lalu, media sosial heboh dengan luahan sinis terima kasih daripada ‘The Pocket Rocket Man’ ini setelah dia berjaya memenangi salah satu acara berkaitan basikal di Brazil.

Azizul kesal terhadap ‘layanan’ Menteri Besar Terengganu yang tidak memberi perhatian kepada permohonannya untuk mendapatkan tajaan sebuah basikal.

Ahmad Razif dalam respon segera memberitahu beliau tidak mengetahui mengenai sebarang permohonan penajaan daripada Azizul.

Luahan itu mendapat liputan meluas media massa dan mengejutkan ramai pihak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azizulhasni AwangMansor Puteh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Mansor Puteh Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Mansor Puteh Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

07/07/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, terkorban dalam nahas jalan raya di Alam Damai, Cheras,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd