• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malu Gagal 4 Kali Bersih, Nak Buat Pula Lagi Bersih 5

oleh
04/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSIH sebuah pertubuhan haram yang kononnya diwujudkan untuk memperjuangkan proses pilihan raya adil, kini makin jauh terpesong dan jelas menjadi ‘kuda tunggangan’ pembangkang.

Selepas gagal mencapai matlamat dalam empat kali perhimpunan jalanan ganas yang tiada mendapat permit pihak berkuasa, kali ini Bersih mengumumkan akan menganjurkan satu lagi perhimpunan antikerajaan edisi kelima.

Dengan menggunakan tema 1MDB yang langsung tiada kena-mengena dengan isu penambahbaikan pilihan raya, pengerusinya, Maria Chin mendakwa, konon ia adalah untuk menuntut tindakan lanjut dalam isu 1MDB pula.

“Kami akan menganjurkan perhimpunan Bersih 5 untuk memberi tekanan kepada akauntabiliti dan tindakan lebih besar. Tarikh dan butiran perhimpunan Bersih 5 akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata wanita itu.

Bagi edisi kelima, Bersih menyeru agar ‘Pegawai Malaysia 1’ disiasat kerana dipercayai konon menerima jutaan dolar yang dicuri daripada 1MDB, menurut tuntutan sivil difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada 20 Julai.

Malangnya pada masa sama, ia nyata menyerlahkan sikap double standard mereka kerana tidak pula bercakap kes korupsi hartanah Lim Guan Eng dan skandal kroni Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa zaman pentadbirannya.

Kali terakhir Bersih mengadakan perhimpunan haram tersebut ialah pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu yang hampir mencetuskan pergaduhan selepas beberapa peserta ‘bangga’ biadap memijak gambar pemimpin UMNO dan PAS.

Paling aib aksi wanita seksi bukan Islam mengedarkan botol air mineral untuk peserta Muslim bersolat di kawasan terbuka sehingga mengganggu orang ramai, walhal ada banyak masjid dan surau berdekatan lokasi himpunan  itu.

Himpunan selama dua hari itu juga menyaksikan hanya dihadiri 20,000 penyokong DAP; jauh daripada sasaran dua juta orang ditetapkan – selepas diboikot pihak PAS, walaupun turut dihadiri secara mengejut oleh Mahathir sendiri.

Bersih 4 malah dikecam pelbagai pihak kerana bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian warga kota, ia juga dikutuk keras apabila disertai aktivis kumpulan LGBT, Melayu Liberal Pluralisme dan pejuang gerakan murtad tempatan.

Susulan kurang ajar peserta Bersih 4 yang disebut Baju Kuning, puluhan badan Melayu menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah ketika sambutan Hari Malaysia di Padang Merbok pada 16 September tahun lalu.

Ia berjaya menarik penyertaan luar biasa apabila lebih 200,000 orang termasuk ramai pemimpin UMNO dan PAS hadir serta berlangsung secara aman selepas diarahkan polis untuk menukar nama dan lokasi perhimpunan itu.

Impak kebiadapan Bersih 4 turut menyaksikan kumpulan pro-Aspirasi menawan kesemua 20 buah universiti awam dalam pilihan raya kampus, selain BN menang besar di Sarawak dan dua pilihan raya kecil. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bersih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd