• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel

oleh
16/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sudah melepaskan haknya untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres FIFA 2017. Ini setelah negara Islam itu enggan memberi visa kepada delegasi rejim Israel, kata seorang pegawai sukan tempatan.

“Kami dinasihati oleh pihak kerajaan untuk menarik diri daripada menghoskan kongres itu atas isu-isu keselamatan,” kata Datuk Seri Affandi Hamzah, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi agensi berita antarabangsa AFP.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas tentang ‘isu-isu keselamatan’ itu namun berkata langkah tersebut ada kaitan dengan komen-komen yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada hujung minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh menyediakan visa kepada para pegawai Israel kerana kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dan ia mungkin membangkitkan isu sensitif dalam kalangan rakyat negara ini.

“Sesetengah syarat lazim bagi menjadi hos untuk acara berkenaan termasuk perlu meletakkan bendera (Israel) di atas meja negara terlibat ketika kongres tahunan FIFA itu berlangsung,” kata Affandi seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan New Straits Times.

“Setelah FAM mengambil kira segala manfaat dan risikonya, adalah lebih baik bagi Malaysia untuk mengelakkan diri daripada menjadi tuan rumah acara antarabangsa tersebut,” ujar beliau lagi yang dipetik oleh agensi berita MediaCorp Singapura.

Affandi berkata bahawa pihak FAM pada Julai lalu sudah menulis kepada FIFA dan memberitahu, pihaknya terpaksa menarik diri daripada menjadi tuan rumah acara berkenaan atas ‘nasihat kerajaan’ dan badan bola sepak dunia itu menerima keputusan Malaysia.

Malaysia, yang majoriti besar penduduknya beragama Islam, tidak mempunyai langsung sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Israel namun mempertahankan hak-hak penduduk Palestin yang sering ditindas zalim oleh negara haram Yahudi tersebut.

Malaysia Batal Hos Kongres FIFA, Enggan Iktiraf Israel

Mantan setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia, Datuk Peter Velappan, dalam reaksi susulan menyifatkan kegagalan Malaysia menganjurkan acara berprestij itu hanya sebab isu visa sebagai ‘mengecewakan’ namun akur dengan penarikan diri oleh FAM.

“Malaysia tiba-tiba mengenakan sekatan. Ini memang melanggar syarat-syarat FIFA dan kehilangan hak menjadi tuan rumah pada tahap sebegini amat mengecewakan,” kata beliau yang pernah membimbing Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Di sebalik ketegasan Malaysia dalam isu melibatkan Israel, berdasarkan kepada ranking bulan Ogos yang dikeluarkan oleh FIFA, skuad Harimau kebangsaan bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal pada posisi ke-167 dunia iaitu kedudukan yang sama bagi Julai.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei) dan 173 pada Jun. Dalam pada itu, skuad Malaysia masih lagi mengekalkan kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 buah negara Asia.

Untuk perbandingan di peringkat ASEAN pula, jirannya, Thailand menduduki tangga ke-120 di peringkat antarabangsa manakala Filipina (134), Vietnam (138) serta Singapura dan Myanmar pula berkongsi posisi ke-158.

Pasukan Israel pernah terlepas daripada menyertai Kejohanan Sukan Layar Belia Sedunia 2015 di Malaysia, yang berlaku setelah satu pertikaian serupa tentang isu visa dan pemasangan bendera negara Yahudi berkenaan.

Pada 1997 lalu, apabila sekumpulan pemain muda Israel datang menyertai pertandingan Trofi Majlis Kriket Antarabangsa di Malaysia, ratusan orang mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara sebagai membantah kehadiran negara Zionis tersebut.

Keadaan sama pernah berlaku apabila penunjuk perasaan membakar bendera Singapura dan Israel apabila presiden rejim Zionis ketika itu, Chaim Herzog, melakukan lawatan rasmi ke negara jiran, Singapura pada 1986. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMFIFAIsrael
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

AS Umum Sekat Selat Hormuz, Trump Ugut Blokade, Iran Dilabel ‘Peras Ugut Dunia’

AS Umum Sekat Selat Hormuz, Trump Ugut Blokade, Iran Dilabel ‘Peras Ugut Dunia’

12/04/2026
0

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump mencetuskan kebimbangan global selepas mengumumkan tindakan drastik untuk menyekat pergerakan kapal di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd