• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maharaja Jepun Mungkin Umum Turun Takhta Hari Ini

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Maharaja Jepun, Akihito, 82 akan bertitah kepada rakyat menerusi televisyen hari ini antara lain menggariskan kebimbangan baginda yang tidak mampu lagi melaksanakan tugas sepenuhnya, seolah mahu turun takhta.

Penyiar awam NHK melaporkan bulan lalu Akihito, yang menjalani pembedahan jantung dan menghidap kanser prostat, mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi, satu langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Jepun moden.

Selepas ditabalkan, Maharaja Jepun ditakrifkan dalam perlembagaan sebagai simbol ‘perpaduan rakyat’ dan tidak mempunyai kuasa politik. Kerana itu, baginda tidak akan menyatakan secara terang-terangan mahu berundur, yang boleh ditafsirkan adanya sebagai campur tangan dalam politik.

Tinjauan menunjukkan majoriti rakyat biasa Jepun bersimpati dengan keinginan Maharaja untuk bersara, tetapi perubahan undang-undang diperlukan untuk membenarkan baginda berbuat demikian.

Idea ini mencetuskan bantahan daripada parti konservatif Perdana Menteri Shinzo Abe, yang bimbang perdebatan mengenai masa depan keluarga diraja itu boleh merebak kepada topik membiarkan wanita mewarisi dan melepaskan takhta.

Kebelakangan ini Akihito mengurangkan tugas rasmi, dan diganti warisnya, Putera Naruhito, 56. Naruhito hanya mempunyai seorang anak perempuan.

Oleh kerana hanya lelaki yang boleh mewarisi takhta, Naruhito akan melepaskan takhta seterusnya kepada adiknya, Putera Akishino dan seterusnya kepada anaknya Hisahito, 9. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Maharaja Jepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Burger Maharaja Jepun Berharga RM3,684.73

06/04/2019
0

TOKYO - Sebuah restoran di sini menyediakan sajian hamburger daging wagyu bersaiz sebiji bola sepak dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73),...

Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Maharaja Jepun

06/11/2018
0

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Selasa) dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd