• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luluh Hati RM5,000 Dalam Tin Biskut Hangus

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – “Luluh hati saya sebaik mendapati semua wang berjumlah RM5,000 disimpan di dalam tin biskut musnah terbakar,” ujar mangsa kebakaran, Liana Sarono, 46.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari semalam, sebanyak empat rumah termasuk sebuah kereta dan motosikal musnah terbakar dalam kebakaran di Kampung Pandan Dalam, di sini.

Mangsa yang ditemui berkata, dia menyewa rumah berkenaan bersama suaminya sejak tiga tahun lalu.

“Saya sedih apabila semua wang simpanan dan dokumen penting disimpan musnah sekelip mata.

“Wang dikumpul sebanyak RM5,000 itu bakal digunakan anak saya untuk menyambung pengajiannya,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dihubungi jirannya.

“Ketika kejadian saya sedang berada di tempat kerja di Sungai Besi dan segera bergegas pulang.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan. Saya dan suami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya sedih sambil menunjukkan tong biskut yang hangus terbakar.

Sementara itu pemilik kereta, Jufri Adi Mawasi, 31, berkata, dia turut mengalami kerugian apabila kereta Proton miliknya turut hangus terbakar.

Menurutnya, beberapa jiran bertindak membantu menolak keretanya yang terletak berhampiran rumah yang terbakar itu.

“Malangnya usaha mereka gagal berikutan api marak dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.48 tengah hari sebelum mengerahkan tiga jentera serta 16 anggota ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang menjalankan operasi pemadaman berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.07 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – myMetro Online

Tags: duitkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd