• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lipan Bara’ Antara Tarikan Perarakan Hari Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Lipan Bara’ aset terbaharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menarik perhatian ramai pada acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Ia yang merupakan kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) 4×4 diperlihatkan kepada umum buat julung kali setelah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pameran Servis Pertahanan Asia 2016 pada April lepas.

Pegawai Staf I, Cawangan Bantuan Tempur Markas Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Kolonel Mohd. Faiz Ahmad menyifatkan Lipan Bara mempunyai pelbagai keistimewaan.

“Ia dilengkapi senjata M134D-H Gattling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm, alat amaran laser, kemampuan mengangkut sehingga dua tan serta memiliki tahap perlindungan dan kekebalan tinggi,” katanya kepada Bernama.

Pertunjukan udara yang melibatkan 12 pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meningkatkan adrenalin pengunjung dengan pelbagai formasi menarik.

Ia masing-masing disertai empat pesawat Sukhoi, pesawat FA 18 D-Hornet dan Hawk 108/208.

Sekretariat Perbarisan TUDM, Pegawai Staf II, Istiadat Markas Tentera Udara, Mejar Jamaludin Jumaat berkata penerbangan mereka dikendalikan juruterbang pesawat tempur TUDM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak, Butterworth dan Kuantan.

Penerbangan turut melibatkan aset terbaharu TUDM iaitu pesawat pengangkut Airbus A400M selain dua pesawat C130 Hercules dan sembilan unit pesawat latihan PC 7 MK 11. – BERNAMA

Tags: Hari Kebangsaanmerdeka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd