• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Warga Tempatan Didakwa Bunuh Warga Emas

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Tiga lelaki dan dua wanita rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, akhir bulan lepas.

Tiga lelaki itu, Wong Zu Yao, 21, Ong Chia Wen, 30, dan Ong Chia Wei, 25, manakala dua wanita, Tan Kim Hong, 51, dan Chai Yen Hiong, 20, mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abddulah.

Kelima-lima mereka bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Koh Peng Huat, 65, di dalam kebun kelapa sawit, Jalan Kahang Timur, Kampung Gajah, di sini, antara 5.30 petang dan 7 malam, 31 Julai lepas.

Kesemua mereka yang berpakaian lokap polis, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A.Shaarmini manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Abraham Mathew.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Majistret, di sini, sementara menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Anak Bagi Tahu Cikgu Cucuk Kemaluan Sebab..’

Next Post

Pokemon Go Beri Amaran Jika Main Sambil Memandu

Related Posts

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

Tiga Guru Antara Lima Ditangkap Bunuh Murid Dalam Ritual Tantrik Di Uttar Pradesh

27/09/2024
0

NEW DELHI - Polis di negeri Uttar Pradesh, utara India menahan lima orang, termasuk tiga guru, selepas seorang murid sekolah...

Next Post

Pokemon Go Beri Amaran Jika Main Sambil Memandu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd