Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Nelayan Tempatan Cuba Seludup...

KANGAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perlis menahan sebuah bot tempatan dan...

Exco: Sedikit Kecewa Tapi...

SHAH ALAM - Pas melahirkan sedikit kekecewaan terhadap komposisi Exco Selangor yang baharu...

PSM Dakwa Keluarga Miskin...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa keluarga miskin di seluruh begara...

Tidak Ramai Pelabur Asing...

KUALA LUMPUR - Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membidas dakwaan RSN Rayer (PH-Jelutong) bahawa keengganan...

Lelaki Ini Sekali Lagi Pamerkan Sifat Murni

AHLI perniagaan, Kuan Chee Heng yang digelar sebagai ‘Hero Malaya’ dikalangan netizen selepas membantu sebuah keluarga sebelum ini, sememangnya layak dijadikan contoh oleh orang ramai.

Ini kerana tindakannya baru-baru ini dipuji apabila dia sekali lagi menolong wanita yang sama dengan memberikan sedikit modal buat wanita itu bagi memulakan perniagaan.

Kaitan: ‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

Ibu kepada lapan anak, Puan Mareeya dikhabarkan telah memulakan perniagaan nasi lemak setelah Kuan memberikan wang berjumlah RM400 kepadanya lalu membolehkan wanita itu berniaga secara kecil-kecilan.

Memetik kemas kini terbaharu di laman sosialnya, Kuan turut berkongsikan pengalamannya dijamu nasi lemak oleh Puan Mareeya ketika dia berkunjung ke warung wanita itu di Seri Kembangan.

Lelaki Ini Sekali Lagi Pamerkan Sifat Murni

“Melawat Puan Mareeya yang mempunyai anak. Beliau meminta wang pendahuluan untuk berniaga nasi lemak untuk membela lapan anaknya.

I bagi RM400 dan hari ini terus beliau start niaga di PUJ 3 depan supermarket Super Save. Dia hari ini sempat belanja saya makan nasi lemak. WELL DONE, rezeki halal dan saya sungguh happy beliau dapat memberikan makan kepada lapan anaknya. SYABAS,” tulisnya.

Lelaki Ini Sekali Lagi Pamerkan Sifat Murni


Lelaki Ini Sekali Lagi Pamerkan Sifat Murni

Lelaki Ini Sekali Lagi Pamerkan Sifat Murni

Bagi anda yang mungkin kurang mengenali Kuan, beliau merupakan seorang yang begitu obses dan komited untuk membantu mereka yang kurang berdaya di luar sana.

Syabas sekali lagi kami ucapkan kepada Kuan dan semoga kisah positif yang dikongsikan daripada Kuan dapat dijadikan ilham, juga inspirasi buat semua rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori