• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Direman Bantu Siasatan Penggal Nenek

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang lelaki hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dipercayai membunuh neneknya sendiri dengan memenggal kepala mangsa di Felda Pengeli Timur, dekat Kulai, semalam.

Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi Hairul Azhar Mohamad mengarahkan perintah tahanan reman itu berkuat kuasa sehingga 16 Ogos ini.

Suspek berusia 19 tahun yang merupakan cucu kepada mangsa melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran Felda Pengeli Timur, sejurus kejadian berlaku.

Dia bagaimanapun ditahan di kawasan itu pada 8.20 malam tadi selepas gerakan memburu dilancarkan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman memberitahu suspek sebelum itu didapati memenggal kepala neneknya menggunakan sebilah pisau berukuran antara enam hingga tujuh inci panjang, sebelum meletakkan kepala tersebut di hadapan pintu masuk rumah.

Tubuh mangsa pula berada di bawah sinki di ruang dapur dengan kedua kakinya telah dipotong di bahagian paha tetapi tidak putus.

Kedua-dua tangan mangsa juga dipotong dengan hanya sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa.

Rahmat berkata suspek bertindak demikian kerana dipercayai mengalami gangguan mental dan dikatakan tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lalu. – BERNAMA

Tags: kejamnenek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lelaki Kejam Pukul, Bakar Anjing Hidup-hidup

30/03/2023
0

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tidak berhati perut dalam kejadian dipercayai...

Kanak-Kanak 5 Tahun Pecah Usus Disepak Nenek Saudara

06/01/2021
0

RAWANG - Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd