• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dakwa Diri Nabi Isa, Mahu Bunuh Pemimpin Negara

oleh AK-47
27/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang mendakwa konon dirinya sebagai Nabi Isa mengancam akan memusnahkan pihak berkuasa sekiranya berjaya mengambil alih kerajaan memerintah sedia ada.

Lelaki berusia 43 tahun itu berang apabila kenderaan yang dipandu bersama-sama isteri dan anak perempuannya ditahan anggota polis yang membuat pemeriksaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur petang semalam.

Suspek dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mengaku dirinya ialah Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri serta Raja-Raja Melayu setelah berjaya mengambil alih tampuk kerajaan.

News Straits Times melaporkan, suspek ditahan susulan nombor pendaftaran kenderaan yang jelas tidak mengikut peraturan iaitu tertulis ‘Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara Tuanku Raja Merongmahawangsa II Sultan Kedah Asal Imam AlMahdi’.

Lelaki Dakwa Diri Nabi Isa, Mahu Bunuh Pemimpin Negara

Sejurus selepas ditahan, suspek mempersoalkan kepada anggota polis terbabit sama ada mengenali dirinya dan mahu mereka memeriksa dengan pihak istana dan Ketua Polis Negara mengenai latar belakang dirinya.

Suspek dengan yakin turut mendakwa konon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri pun tidak berani untuk menahan atau memeriksa kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya itu.

Difahamkan, suspek mempunyai rekod saman membabitkan penggunaan lesen dan cukai kenderaan yang sudah tamat tempoh. Pihak polis membawa suspek dan isteri serta anaknya berusia 15 tahun ke Balai Polis Tun HS Lee untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata, suspek diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi menghadapi pertuduhan kes yang berlaku pada 2013 sebelum polis meneruskan siasatan terhadap suspek. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ajaran SesatJAWIpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skandal Paya Indah: SAMM Lapor SPRM Salah Laku Azmin

Next Post

Ramai Pekerja Haram Malaysia Di Australia Diusir

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

17/07/2025
0

Petaling Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui...

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Next Post

Ramai Pekerja Haram Malaysia Di Australia Diusir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd