• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Penuh Siasatan Pelajar Maut Dalam Minggu Ini

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan penuh siasatan insiden kematian pelajar Tingkatan Tiga, SMK Putrajaya Presint 9 (2) di sini yang terjatuh dari bangunan sekolah semalam, akan diketahui dalam minggu ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun pihaknya masih menunggu laporan siasatan penuh polis tetapi laporan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Mereka (pelajar) hanya bergurau sesama mereka. Kalau tengok laporan awal, tiada unsur berniat sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini itu. Kita masih menunggu laporan (penuh siasatan) polis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Haja Tuju Pendidikan Bahasa Inggeris 2015-2025, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 pagi semalam, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah ketika cuba mengambil beg sekolah rakannya yang dibuang rakan lain.

Mengulas kes seorang pelajar Tingkatan Dua yang koma akibat dibuli di Sungai Petani, Kedah, Mahdzir berkata, siasatan kes itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis buat masa ini.

Semalam, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mengalami pendarahan dalam kepala akibat dipukul tiga pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani.

Muhammad Anas Amir, dikatakan ditumbuk dan dihantuk kepala ke dinding dalam sebuah bilik darjah, namun kejadian itu hanya disedari keluarga selepas mangsa pulang ke rumah dan mengadu sakit kepala.

Kepada satu soalan, Mahdzir berkata: “Kementerian sememangnya ada pasukan diwakili oleh kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri yang diketuai oleh seorang kaunselor untuk menangani kes buli. Kalau sudah ada laporan polis, kita biarlah polis siasat dahulu.” – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd