• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Didakwa Terima Suapan RM1,200

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,200 dua tahun lalu.

Koperal Mohamad Sukeri Othman, 35, yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Utara (Bandar Baharu-Changkat Jering) mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mohamad Sukeri didakwa menerima suapan RM1,200 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap V. Tamil Vanan yang disyaki membawa arak tanpa cukai berbayar di dalam kereta jenis Toyota Avanza di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 7 Nov 2014, 1.50 tengah hari.

Mohamad Sukeri didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahidah Jalaluddin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000, namun tertuduh yang diwakili peguam P. Ravee merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan isteri dan empat anak.

Indra Nehru membenarkan tertuduh dijamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd