• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kondo RM1.5j Untuk Chong Wei

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkunjung ke bilik pameran di Cheras untuk meninjau peluang pelaburan dalam kediaman kondominium.

Sekarang, pemaju hartanah yang ditemui Chong Wei, Orando Holdings mahu menghadiahkan sebuah unit bernilai RM1.5 juta kepada pemain badminton berusia 32 tahun itu di atas sumbangannya kepada sukan negara.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

“Pada masa ini, kita tidak mempunyai gelanggang badminton di kondominium. Mungkin kita akan minta arkitek untuk membina sekurang-kurangnya satu gelanggang yang kita boleh namakan sempena Datuk Lee Chong Wei,” kata Pengarah Urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun.

Wei Chun berkata, Chong Wei telah menunjukkan minatnya untuk membeli unit berkenaan sebelum terbang ke Brazil, sambil menambah bahawa beliau sebelum itu telah pun berhasrat untuk memberikan satu unit kepada pemain badminton itu.

“Saya secara sukarela melakukannya. Saya tunggu sehingga dia habis bermain di Olimpik dan beritahunya kemudian.

“Saya mahu berikan kejutan. Dia telah banyak menyumbang untuk negara,” kata Wei Chun sambil menambah bahawa beliau berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai golongan muda di negara ini untuk berjaya dalam bidang sukan.

Ditanya mengapa Chong Wei hanya seorang sahaja penerima pingat Olimpik negara yang menerima sebuah unit percuma daripada Orando, Wei Chun berkata, ia kerana Chong Wei merupakan wajah kontinjen Malaysia di temasya sukan antarabangsa dan pembeli yang berminat dengan hartanah itu.

“Akan ada peluang lain untuk penerima pingat Olimpik akan datang. Saya melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat.

“Kita mahu negara mempunyai masa depan yang cerah dan harmoni. Sukan menuju ke arah itu. Ia merupakan cara saya untuk memajukan sukan kita demi masa depan lebih baik buat Malaysia,” katanya.

Kondominium setinggi 38 tingkat itu dijangka siap pada 2020.

Ia bukan satu-satunya ganjaran yang diterima oleh penerima pingat Perak di temasya Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas tewas kepada Chen Long dari China pada aksi final perseorangan lelaki.

Chong Wei bakal menerima RM637,888 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sebuah kerusi urut Osim uDiva Classic.

Beliau juga akan menerima pencen bulanan sebanyak RM3,000 seumur hidup.

Chong Wei dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kontinjen Malaysia pada pukul 1.30 petang Rabu. – mStar Online

Tags: KondominiumLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Erra Mahu Anak Membesar Dengan Jati Diri Melayu

Next Post

‘Kembar’ Harap Dapat Main Badminton Dengan Chong Wei

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Dua Patah Kaki Lif Kondominum Jatuh Dari Tingkat 8

Dua Patah Kaki Lif Kondominum Jatuh Dari Tingkat 8

15/10/2022
0

Enam individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan situasi cemas apabila lif yang mereka naiki terjatuh dari tingkat...

Next Post

'Kembar' Harap Dapat Main Badminton Dengan Chong Wei

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd