• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKPT Mohon Peruntukan Khas Bina Rumah Baharu

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKPT) akan memohon peruntukan khas sebanyak RM5 juta daripada kerajaan untuk membina semula rumah yang musnah terbakar atau membaik pulih rumah yang uzur.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata ketika ini kos pembinaan semula rumah yang terbakar atau uzur adalah di bawah peruntukan Kementeri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Kita berharap dengan adanya peruntukan khas ini daripada kerajaan, ia dapat mempercepatkan kerja-kerja pembinaan dan baik pulih apabila ada rumah terbakar atau uzur.

“Ini kerana pihak bomba bukan sahaja boleh memadamkan kebakaran, tetapi berkeupayaan untuk membina rumah baharu atau pun membaiki dengan mengadakan konsep bergotong-royong dengan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama KKPT dan KKLW di sini hari ini.

Selain itu, Noh berkata pihaknya akan menumpukan perhatian kepada membina dan baik pulih rumah masyarakat luar bandar dan sejak awal tahun ini, sebanyak 46 rumah baharu melalui program NBOS telah dibina oleh JBPM di seluruh negara.

“Di Perak sahaja, sebanyak 16 rumah baharu di bawah program tersebut telah dibina membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta,” katanya.

Sementara itu, penerima bantuan rumah berkenaan, Sum Mat Sunah, 74, terharu dan bersyukur kerana terpilih selepas kediamannya di Kampung Chopin Kanan di sini terbakar, beberapa tahun lepas.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak termasuk seorang anak lelaki Orang Kurang Upaya itu berkata sebelum ini mereka sekeluarga hanya menumpang di rumah saudara-mara.

Beliau berkata pemberian rumah berharga RM40,000 yang dibina oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak itu disifatkan sebagai suatu rahmat kepada keluarganya.

“Saya mengucapkan terima kasih dan amat menghargai jasa kerajaan serta Jabatan Bomba yang membina rumah baharu ini,” katanya dalam nada sebak. – BERNAMA

Tags: NBOSNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd