• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Negeri Tak Ubah Status Tanah Paya Indah Wetlands

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor tidak melakukan pengezonan semula status tanah di Paya Indah Wetlands berkeluasan 450.76 hektar untuk tujuan pembangunan seperti didakwa sesetengah pihak, kata Exco yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal alam sekitar negeri Elizabeth Wong.

Beliau berkata tiada sebarang permohonan untuk menukar kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974 diterima sejak termeterainya Memorandum Persefahaman antara kerajaan pusat diwakili Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kerajaan Selangor berhubung pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands pada 1 Ogos 2007.

“Sebagai anggota Exco, saya ingin menekankan di sini bahawa kerajaan negeri amat prihatin untuk menjaga status Paya Indah Wetlands ini kerana ia mempunyai daya tarikan ekopelancongan.

“Dengan ini, tiada terbangkit isu pengezonan semula Paya Indah Wetlands untuk tujuan pembangunan,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Wong menjelaskan Perhilitan kini menjadi agensi pelaksana bagi menjaga dan mengurus projek-projek hidupan liar di Paya Indah Wetlands.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang mempersoal integriti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana masih membisu berhubung status tanah di Paya Indah WetLands yang sebelum ini diwartakan kawasan hijau tetapi didakwa ditukar kepada pembangunan.

Berhubung dakwaan Badrul Hisham bahawa tanah Lot 68054 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar statusnya daripada kawasan hijau kepada pembangunan pada 2015, Wong berkata lot itu adalah di luar kawasan Paya Indah Wetlands.

Dalam perkembangan lain, katanya kerajaan negeri akan melaksanakan dasar pengurangan penggunaan beg plastik dan polistirena untuk setiap hari mulai Januari 2017.

Katanya mulai tarikh itu, semua jenis perniagaan di Selangor tidak dibenarkan menyediakan beg plastik secara percuma selain menghentikan penggunaan bekas makanan dan peralatan polistirena di semua premis makanan dan pasar malam.

Terdahulu ketika menjawab soalan R.Rajiv (DAP-Bukit Gasing) pada sidang DUN hari ini, Wong berkata semua majlis rasmi termasuk program Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor juga harus menghentikan penggunaan beg plastik dan polistirena pada setiap hari mulai September ini.

Sidang DUN ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. – BERNAMA

Tags: Paya Indah Wetlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd