• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Pertimbang Ganjaran Jika Kedah Juara Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbangkan ganjaran setimpal kepada pemain sekiranya Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan pemain pada masa ini amat baik dan berhak menerima ganjaran sekiranya menjulang piala berprestij itu.

“Saya harap mereka mengekalkan rentak permainan bagi membolehkan pasukan Lang Merah mara ke final, sekali gus menjuarai Piala Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bas KFA di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

KFA menerima tajaan bas bernilai RM1 juta daripada Syarikat Cosmic Ekspres selepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjadi naib juara Piala Malaysia musim lepas.

Skuad Kedah kini berada pada kedudukan ketiga Liga Super dan layak ke perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan itu mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad lepas.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman di sini, pada 17 Sept ini.

Ahmad Bashah turut meminta penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang.

Sementara itu, beliau berkata bas dua tingkat berkenaan yang turut dilengkapi ruang perbincangan akan memberi keselesaan kepada pemain khususnya ketika bertandang ke gelanggang lawan.

“Syarikat Cosmic juga bersetuju melakukan penyelenggaraan secara percuma selama dua tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: KFAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd