• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Curi Motorsikal Di Kemaman Meningkat

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kes kecurian motorsikal menjadi penyumbang utama peningkatan kadar jenayah indeks di daerah Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata purata satu hingga dua kes sehari kecurian motorsikal direkodkan di Kemaman.

Katanya bagi mengekang kegiatan tersebut berterusan pihaknya giat melakukan rondaan serta operasi di kawasan yang menjadi sasaran seperti di pasar raya dan taman perumahan.

“Setiap minggu kita menerima laporan kehilangan motorsikal terutamanya di kawasan pasar raya dan taman perumahan di waktu puncak mereka melakukan kegiatan ini sekitar pukul 12 tengah malam. Justeru kita terus mempergiatkan rondaan dan operasi bagi membendung kegiaran ini dari terus berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, di sini hari ini.

Beliau berkata kecuaian pemilik motorsikal yang tidak menggunakan kunci tambahan atau kunci pendua dikenal pasti antara faktor memudahkan motorsikal itu larikan.

Jelasnya mereka hanya mengambil masa kira-kira satu minit bagi menghidupkan enjin sebelum melarikan motorsikal untuk dijual komponen atau sebaliknya.

“Mereka hanya menggunaka satu alat untuk menghidupkan motorsikal, jika pengguna menggunakan kunci pendua proses untuk melarikan motorsikal agak lambat. Jadi kita harap para pemilik motorsikal dapat meningkatkan aspek keselamatan pada kenderaan mereka bagi menggelakkan menjadi sasaran penjenayah,”katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curimotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd