Thursday, January 16, 2025

Creating liberating content

4 Daripada 5 Wanita...

 LONDON – Jika anda mempunyai rakan wanita berbangsa Inggeris atau lama menetap di England,...

‘Untuk Rekod, Saya Tidak...

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau tiada alasan...

Chinlone Berpotensi Sumbang Emas...

KUALA LUMPUR - Sukan sepak takraw boleh menjadi penyumbang pingat emas pertama negara...

Aishwarya Rai Kembali Berlakon...

  MUMBAI – Selepas lima tahun ‘menyepi’ daripada dunia lakonan di India secara sepenuh...

Keranda Terapung Di Jalanan Kejutkan Penduduk

PENDUDUK di sekitar bandar Zachary, Lousiana, Amerika Syarikat dikejutkan dengan pemandangan misteri apabila banyak keranda dilihat terapung di jalanan.

Begitu pun,  insiden yang berlaku di negara Uncle Sam itu sebenarnya bukan sesuatu yang aneh kerana ia berpunca akibat daripada banjir besar yang meletus baru-baru ini.

Lapor Telegraph, keranda itu dipercayai dihanyutkan dari tanah perkuburan berdekatan berikutan hakisan tanah yang berlaku sehingga menyebabkan keranda berkenaan timbul.

Keranda Terapung Di Jalanan Kejutkan Penduduk

Seorang pengguna sosial, Anna Johson yang juga penduduk setempat turut sempat memuat naik gambar kejadian itu.

Dalam pada itu, Anna menyifatkan kejadian ini merupakan bencana terburuk pernah dialami.

Keranda Terapung Di Jalanan Kejutkan Penduduk


“Kami tidak pernah melihat pemandangan semacam ini. Ini lebih parah dari bencana taufan Katrina, suami saya kini terlibat dalam usaha penyelamatan. Dia mempunyai perahu dan membantu pihak polis,” kata Anna.

Sementara itu, Gabenor Lousiana, John Bel Edward dalam satu kenyataan memberitahu, negeri yang dipimpinnya itu kini sudah berada dalam keadaan darurat

“Saat ini banjir tengah terjadi, belum berakhir. Kami tidak tahu bila air akan surut, dan air malah bertambah di beberapa kawasan,” kata Edward.

Difahamkan, sebahagian besar wilayah telah ditengelami banjir termasuk kawasan hutan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori