Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

9 Kereta Api Termewah...

IMEJ kereta api tidak lagi sekadar menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan perjalanan...

Jual Tanah Lapangan Terbang,...

IPOH : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri akan memanggil beberapa individu bagi...

Ngeri! Tubuh Wanita Hamil...

ALOR SETAR - Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan...

Hasrat Gadis 14 tahun...

Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.Stephanie...

Keputusan Saman Fitnah Terhadap Rafizi 21 September

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 21 September untuk keputusan saman fitnah Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berhubung isu pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Hakim S. Nantha Balan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk M. Reza Hassan mewakili Khairul Azwan dan peguam William Leong yang mewakili Mohd Rafizi.

M. Reza ketika dihubungi berkata mahkamah telah mendengar keterangan saksi-saksi dalam perbicaraan kes itu selama dua hari bermula 6 Jun lepas.

Pada 31 Julai 2015, Khairul Azwan memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi berhubung isu pembelian hartanah itu.

Dalam kenyataan tuntutan, Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata Mohd Rafizi telah mengedarkan dan menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya ketika mengadakan sidang media di pejabat Mohd Rafizi di Pusat Perkembangan Minda, Uni Infiniti pada 6 Julai tahun lepas.

Khairul Azwan yang juga pengarah syarikat Biosis Group Bhd, berkata kenyataan itu antara lain mempersoalkan kononnya beliau terbabit dalam urus niaga pembelian 746 Swanston Street di Australia oleh syarikat milik penuh Mara Inc. Thrushcross Land Holdings Ltd, yang mengalami ketirisan sebanyak RM63 juta.


Katanya kenyataan berunsur fitnah itu diterbitkan dalam portal-portal dalam talian yang mungkin dikongsi oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Beliau mendakwa kata-kata Mohd Rafizi itu telah mencemarkan reputasinya sebagai ahli perniagaan dan ahli politik dan dibenci oleh orang ramai kononnya beliau terbabit dalam urus niaga yang meragukan demi kepentingan kewangan sendiri.

Oleh itu beliau menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teruk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori