Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Kes Masak Mi Segera:...

KUALA LUMPUR : Empat daripada 15 orang yang ditahan untuk siasatan berkait kegiatan...

Salah Enggan Menjawab Soalan...

MOHAMED Salah tiba di Sepanyol untuk menjalani rawatan kecederaan bahu yang dialaminya pada...

Sidang Dewan Rakyat Macam...

GOMBAK - Meskipun sudah setahun kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan, Dewan Rakyat masih tidak...

Suami Baru Yatt Hamzah...

YATT Hamzah mengakui suaminya kini jauh lebih matang dan tidak mudah melatah walaupun...

Kepala Budak Tersepit Di Palang Tangga

NILAI – Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang tangga di rumah mereka di Laman Delfina Nilai Impian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 petang itu, Jaheed Al Irfan, 1 tahun, sedang bermain seorang diri di tangga berkenaan sebelum kepalanya tersepit antara ruang pagar tersebut.

Ibunya, Intan Nadia Mohamad Yusof, 31, berkata, sebelum kejadian, dia berada di dapur, manakala dua anak lelakinya termasuk Irfan berada di ruang tamu.

“Apabila saya dengar jeritan dan tangisannya, saya terus ke ruang tamu dan melihat apa yang berlaku. Terkejut saya bila tengok kepalanya tersepit di celah tangga rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Intan berkata, dia cuba untuk mengeluarkan kepala anaknya itu, bagaimanapun tidak berjaya kerana bimbang kepala anaknya cedera atau sakit, lantas menghubungi bomba untuk bantuan.

Sementara itu, Pegawai Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Khairul Lizal Abu Kasim berkata, sebuah jentera membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dengan dibantu unit EMRS bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan tiba di rumah mangsa, 10 minit kemudian.


“Anggota kita menggunakan alat regangan untuk membuka ruang tangga.

“Kita berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu tidak sampai lima minit. Tiada kesukaran dialami ketika kerja-kerja menyelamat cuma kita perlu menenangkan mangsa. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori